Sunday, March 10, 2013

Tidur di Pejabat

ops, ni post selingan..
patutnya nak cerita pasal trip ke hong Kong tapi xde mood so type pendek j untuk entry ni..


ohh, entry kali ni bukan kes curi tulang ke mengular ke ape, tapi workloads punya pasal.
jam kat laptop aku 1.32am, ye am, dinihari, aku sekarang berada di office encik suami.
ye semalam ahad, lepas pukul 12 dah kira isnin kan, kami masih di pejabat.

berbekalkan sebuah laptop, sebuah buku law, se'tupperware' tart gulung dan sebotol air mineral, aku masih setia menemani encik suami menyiapkan kerja2 beliau.

aku xkisah pun teman encik suami sebab macam2 aku boleh buat (wpun line maxis macam siput sedut), sambil melayan kerenah budak kecik yg makin membesar dalam perut ni (aktif betul dia malam ni) tapi tiba2 aku terpikir esok pukul 9 encik suami dah kena masuk offis balik, ni tah2 kul 3-4pagi baru balik rumah, tido kat office pun bagus apa. 

oh, bukan encik suami saja yg gigih menyiapkan kerja, tadi ada je ofismate husband yg balik kul 11 malam, tu pun sebab sabtu dia dah datang office, yg kami pulak, sabtu balik melaka, ahad tengah hari baru encik suami g office.






beginilah mereka bila menjelang financial year end.

No comments:

Post a Comment