Sunday, February 24, 2013

Nak Bersalin kat Mana?

Pagi tadi buka hp, eh ada notification, bila buka "Congratulation, u are now 27 weeks!"
eh, xsangka, kejap j dah 27 weeks,alhamdulillah :D

Tapi la ni dok runsing nak bersalin kat mana.

Mula2 dulu dok cadang nak bersalin kat UKM SC. Dah siap pi sana tengok environment + dah book Dr dah masa tu. Masa pi UKM SC tu 19 Dec, baru 17 weeks +, appointment Dr penuh (yelah Dr muslimah, ramai yg kejar kot), kami dapat 1st appointment 15 Feb, 2bulan tau nk kena tunggu. Tapi kami ok j sbb dah nekad la sebab nak bersalin kat situ. Reason kami pilih UKM SC sebab:

1) dekat dgn rumah kami, 15mins insya'Allah sampai.
2) ada Dr muslimah
3) hospital besar, so facilities should be bagus kan
4) ada bank darah sendiri

ok, so aku dok la follow up kt KKIA Kuchai Ent Park sementara nak tunggu 1st appointment tu.

then tiba2 satu hari tu husband cakap cari hospital lain. aku pun cam "eh, kenapa tiba2 ni?" padahal dalam kepala alamak malasnya nk survey hospital lagi sbb contengan2 masa survey hosp dulu dah buang, erkkk

husband cakap ofismate dia ada bad experience kt situ, aku pun redha la dok survey hospital lain.

pastu, Ting! tiba2 dapat idea, apa kata kalau bersalin kt melaka, hihihihihi. Lagipun memang nak pantang kat melaka kan, bijak2. so survey2 hospital kat melaka, ada 3 sajo Pantai Hosp Ayer Keroh, Putra Specialist & Mahkota Medical Centre. Tiga2 hospital ni kakak2 & kakak ipar aku dah rasa, so lepas dok belek2 aku pun tertarik la dengan Mahkota Medical Centre. Kebetulan sebelum ni masa awal2 pregnant dulu ada gak gatal2 survey tapi MMC xde Dr muslimah, ni tiba2 ada Dr baru. Terus bagitau incik husben, maka beliau pun bersetujulah dengan cadangan isteri tercinta beliau.

1st appointment kami 28 Jan 2013. gembira sangat + excited nak pi scan 4d baby. hehehe

Kami gerak dari rumah mentua kat Lenggeng sbb weekend tu husband cuti, kami naik la highway plus seremban  exit tol ayer keroh. masa tu pun dah rasa jauh, tapi diam je lah kan, dari exit ayer keroh tu nak ke MMC pun agak jauh, husband dah macam "eh, jauh nye", aku diam jer, huhuhu.

Akhirnya sampailah kami kat MMC. Husband masa tu dah macam xnak proceed je sebab jauh, mmg jauh la kalau tiba2 aku nak terberanak time dia kat KL kan, huhu + jalan jem lagi kt melaka tu, tapi aku cakap alang2 dah sampai jomlah scan baby je pun xpe.

So, kami pun masuk jumpa Dr Azlina. Before buat apa2, contoh cam buka buku rekod pun Dr tu sebut bismillah, aku suka la, best j, Dr pun motherly. Dah tengok rekod semua Dr tu pun ajak buat scan, excited ni 1st time nk scan 4d.

Bila scan pun Dr ni dok excited skali dengan kami. Macam main scan2 pulak. Yelah mula2 scan 2d ukur2 semua then scan 4d pastu scan 3d pastu scan 4d balik, Dr tu nak jugak tengok muka baby jelas sebab baby cover muka dengan tangan. Seronok sangat masa tu, Dr tu panggil aku & baby sayang, incik husben senyum sampai telinga.

Staff kat situ pun sangat best. Panggil patient sayang jugak. Bagi details explaination untuk setiap supplement.

Bila keluar husband kata dia suka sangat Dr, staff and environment hospital. Masalahnya hospital ni jauh dari rumah my parents + jem, yelah hospital ni kat sebelah Mahkota Parade, area nak ke situ memang jem, huhu

Kami decide nanti nak try jalan lain.

Next appointment 16 Feb 2013 kami gerak dari rumah my parents. Try jalan lain, jem kurang sikit tapi jem jugak kat area kampung2, dekat sejam baru sampai hospital, huhuhu

So balik tu incik husben kata cari hospital lain. KL la nampaknya.

28 Feb ni kami ada 1st appoinment kt Al-Islam Specialist Hospital. Hospital Islamic based. Dekat je dengan rumah kami kt KL, dalam 11km camtu. If everything goes well, insya'Allah di situlah kami akan proceed.

Moga-moga dipermudah urusan kami..

Thursday, February 21, 2013

Bercuti ke Redang

Kali ni kami pergi bercuti ramai-ramai. Dengan ofismate husband.
Per pax Rm350. 3 hari 2 malam. Pakej termasuk penginapan, makan, pengangkutan dari jeti ke pulau, ke tempat2 aktiviti, candat sotong, alatan snorkeling, kira all in la dari mula-mula sampai jeti sampailah balik semula kat jeti tu hari ke-3. Tinggal siapkan duit untuk beli souviners sajo. Aktiviti dari pagi sampai malam, memang puas hati wooo.

Guider kami siap amikkan gambar kami underwater.

Gambar kami xpayah la nk enterframe kan, hehe, tapi nampak x incik nemo yang comel  je tu. haa, kat bawah tu ada email guider kami incik budi, kalau berminat nk bercuti ke redang bolehlah contact incik budi. orangnya muda lagi, sangat baik.

memang seronok la sebab kami 1st time snorkelling, jakun weh. Mula-mula masa buat water confident tu cuak jugak, tapi lama-lama seronok. banyak tempat incik budi bawa kami snorkelling sampai kami xlarat dah. lepas 1 tempat, g pulak tempat lain, sangat puas snorkelling.

Inilah encik budi. kat tempat ni kalau xsilap ada anak ikan jerung. Bolehlah snorkelling kalau nak tengok. Kecik j + ramai jugak orang kat situ, so xdelah takut sangat.

So, kalau sape-sape rasa nak bercuti di pantai yang bersih + laut yang cantik, bolehlah cuba ke Redang..

Wednesday, February 20, 2013

Percutian ke Kuching


2-5 May 2011

Kuching adalah destinasi pertama kami semenjak menjadi suami isteri yang memerlukan kami naik kapal terbang. Sebelum ni kalau bercuti ke mana-mana naik kereta sajo.

Disebabkan aku baru nak menulis di blog, aku nak cerita la kenangan2 aku yang lepas. Kami ke Kuching selama 4 hari 3 malam. Masa tu AirAsiaGo buat promo, untuk pakej tiket kami dan hotel [Tune Hotel Kuching] cuma RM250, sangat murah okeh.

Since kami ni traveller yang sgt nak jimat + kami berdua j, jadi kami xdela nak sewa kereta bagai. Jalan kaki sudah. Tapi kalau nak seberang sungai kt waterfront tu kena la naik sampan kan, kang kalau kami berenang kat situ silap2 kena ngap, nauzubillah. Lagipun naik sampan tu 40 sen sajo, sgt murah!! Mula2 memang la takut tapi lama2 jadi suka pulak, jakun macam tulah.

Kalau nak ke Dayang Salhah [tempat femes kek lapis] tu memang kena naik sampan. Pastu jalan sikit dah sampai. Ada jugak beberapa kedai kek lain. Mira Cake House pun ada. Haa, kat depan kedai tu berbukit2 sample, makan la sampai kenyang [aku la tu kan], dah kenyang beli la untuk bawa balik. Tapi waktu terbaik nak beli hari last kat sana or sehari sebelum nak balik, tahan la sikit, sebab kek dia kan lembab. Beli awal2 takut balik nanti dah berkulat pulak. Kalau Dayang Salhah kedai dia bertutup, ala2 rumah gitu. Masuk j then duduk la kat dalam tu makan tester sampai kenyang lagi. Aku rasa Dayang Salhah macam mahal sikit kalau nak banding dengan Mira Cake House tapi depends la pada tekak masing2. Ada kek yang aku suka kat Dayang Salhah tapi xde kat Mira. Mostly harga kek dia RM10, yang mahal sikit dalam RM20 tu mmg sedap la, berbaloi beli. So akhirnya aku borong kat dua2 kedai :)

Haa, jangan lupa try laksa Sarawak. Lain sangat, sedap!!! Aku siap beli paste dia bawa balik semenanjung [nak masak pun senang je, ada instruction dalam tu]. Kalau xsilap 4 bungkus RM10.

Kat sana ada mee kolok. Katanya special kat Sarawak. Aku rasa okeylah, cumanya xdelah pelik sangat sebab mee dia macam magi gitu.

Kami sempat jugak tengok wayang kat sana. Cinema belakang hotel je, dalam Parkson. Semua tempat kalau boleh kami nak jelajah.

Kalau nak merasa seafood, pergilah ke HotSpot. Jalan kaki dalam 10 minit kalau xsilap dari hotel kami. Ala2 macam kedai ikan bakar kat sini, kita pilih sendiri ikan, udang , ketam etc then bgtau kita nak masak apa. Tapi pilih kedai ye sebab xbanyak kedai muslim kat situ.

Kat Sarawak banyak sangat muzium, banyak sangat. Jelajah la, alang2 dah sampai kan.

Kat belakang shoplot Tune Hotel tu ada 1 kedai makan cozy sangat, lupa pulak nama kedai tu, kitorg selalunya makan kat situ. Orang2 kat kedai + owner dia sgt baik. Hari last kami check out dalam pukul 11 pagi, then pergilah kedai tu nak makan, saja nak habiskan masa, maklumlah flight petang, tiba2 owner tu offer kalau kami nak jalan2 dulu boleh j tinggalkan luggage kami kat kedai dia, haa, sebelum tu kami ada tempah ikan terubuk kat pakcik tu, so xpayah la kami masuk pasar cari. Kami pun dengan senang hati tinggalkan luggage kami kt kedai tu, jalan2 last minute. Petang agak2 nak gerak ke airport kami pun ambil luggage kami, terima kasih kat depa then naik cab.

TIPS untuk travellers yang macam kami, sampai je airport terus grab map + pamplet tempat2 menarik untuk dilawati. Kalau dah buat research sebelum pergi bagus juga, apa pun enjoy every moment!


Monday, February 18, 2013

TIPS Kahwin Muda???

Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan untuk KAHWIN MUDA.

1. Restu Ibu Bapa
ye, ye memang yang nak kahwin kita bukan ibu bapa, tapi esok2 kalau ada masalah, kat siapa kita nak mengadu. bukan setakat masalah, kadang-kadang kita perlu jugak nasihat dan petua dari orang tua. nanti tengah mengandung, mabuk, alahan, badan xlarat, tapi suami nak kena kerja, kita pulak mungkin fulltime housewife ataupun boleh ambil mc or cuti tanpa gaji tapi kalau dah teruk sangat, xke suami akan risaukan kita kt rumah. emosi kita pun xstabil, time ni la teringat mak ayah tp nak mengadu takut sbb kahwin dulu xpikir pun perasaan diorang, so kalau dah emosi terganggu, perkembangan baby pun terganggu, kesian baby :(

lepas tu, mmg lumrah la, dah nama kahwin muda, masa tu baru je menapak dalam kerjaya, masa tu jugak la baru nak belajar urus perbelanjaan, dulu masa belajar, xcukup duit bolehlah mengendeng2 kat mak ayah mintak topup sikit2, tapi bila dah bekeluarga lagi mencabar. kereta nak kena bayar, rumah, bil letrik, bil air, bil hp, makan minum, bak kata orang baru nak belajar hidup, kadang2 tergelincir la jugak kan. haaa, bila dah macam tu kat mana nak mengadu kalau bukan mak ayah, adik beradik..

lagipun mak ayah dah besarkan kita berpuluh tahun [ingat 20 tahun tu sekejap ke?], memang patut kita ambil kira keputusan dan perasaan mereka, betul tak?

tapi kalau kita dah yakin dengan semua aspek, yakinkan pulak parents kita. pandai2 ambil hati, tunjuk kita boleh berdikari, matang, dan bertanggungjawab. kalau mula2 parents kita rasa macam was-was, jangan putus asa. pujuk lagi, jangan lupa doa banyak-banyak minta dipermudah urusan. insya'Allah, kalau memang niat kita baik, yakinlah akan dipermudah urusan.

2. Kekuatan Mental & Fizikal
kekuatan mental tu TERSAngATlah penting!! baru kahwin maksudnya baru nak kenal mengenali dengan pasangan. memanglah ada yang dah bercinta sejak zaman sekolah, masa tingkatan 1 dah bercinta, nak kahwin umur 23, dah sedekad dah tu, lama tu, tapi percayalah 10 tahun bercinta tu xsama pun macam pengalaman 1 tahun berkahwin. dulu xtau pun pasangan tu tidur berdengkur, mandi lama, malas mandi [zaman bercinta nak jumpa mesti lah dah wangi-wangi kan], masak xberapa nak pandai, pandai masak 1 jenis lauk j, malas nak kemas rumah, + banyak2 lagilah. itu semua cabaran mental untuk pasangan baru, suami marah isteri jangan melawan, isteri merajuk suami kena pujuk, rumah berselerak sama-sama kemas, dan jangan sesekali buka mulut pada orang luar perihal kurang enak rumah tangga kita walaupun pada mak ayah dan adik beradik. benda yang xelok boleh diubah jadi baik, mana tau rupa-rupanya pasangan kita xtau pun tabiat tu orang xsuka, then bila kita bagitau, mudah-mudahan boleh berubah. kita pun sama, kotla suami kata lauk yang kita masak kurang sedap, nak merajuk tu berpada-pada lah ya, dah memang salah kita, so boleh baiki masak lebih sedap. rajin-rajin dok dapur dengan mak & mak mentua, ambil petua mana yang patut.

kekuatan fizikal pun penting jugak. dulu bujang, baju pun mak basuh, mak jemur, mak lipat. kalau masa belajar dok rumah sewa, anta dobi, xpun basuh seminggu sekali, pastu kalau malas nak lipat pun lantak pi lah kan, kita yang pakai baju tu balik. bila dah berumahtangga ni, nak buat perangai macam tu?

kalau kahwin masa sama-sama tengah belajar, so kena la bertimbangrasa. isteri masak kat dapur, suami lipat baju. isteri mop rumah, suami basuh toilet. kalau sama-sama bekerja pun macam tulah jugak. kat sini lah kekuatan fizikal sangat diperlukan. balik kerja penat, dulu kalau bujang bolehlah makan nasi bungkus, la ni xkan hari-hari nak hidang incik suami lauk yang mamak masak. tengah hari dah makan kat ofis, malam makan kedai jugak, kempis la poket xsampai hujung bulan, xkan xnak menyimpan kan.

3. Perbelanjaan Majlis Perkahwinan
haaa..lupa pulak.nak kahwin kena la ada majlis. kalau mak ayah memang orang berada, memang xde masalah la kan, semua ditanggung beres. tapi kalau keluarga xberapa nak bilionaire, kena fikir jugak la kan. kalau boleh majlis biarlah sekadar termampu. JANGAN sesekali buat loan untuk majlis perkahwinan!! macam trend pulak sekarang ni, nak kahwin buat personal loan. adoyai, awak tu baru start keje, baru nak mula hidup baru, buat loan, esok lepas kahwin duit gaji habis nak bayar hutang berkepuk2 pulak. kalau famili nak jugak buat majlis besar-besar, bincang elok-elok. bagitau esok lepas kahwin nak kena dok rumah sendiri, perabot rumah, belanja dapur semua nak pakai duit. seeloknya sebelum nak buat keputusan nak kahwin ni kena la ada simpanan sikit. duit biasiswa/ptptn jgn berjoli, simpan [ni untuk sapa yang memang ada niat nak kahwin awal, bukan nak riak tapi memang boleh sangat, dengan biasiswa jpa yang xsampai rm3000 1 semester masa tu, by the end of 3 years aku dapat la simpan dua tiga ribu, masa belajar memang jimat sangat2,boleh kira la berapa kali makan fastfood ke kedai memahal]. bila kita dah nekad nak kahwin, apa pun sanggup. ikat perut, simpan seberapa banyak boleh. sebab kita xsama dengan orang yang dah keje lama, mereka dah ada simpanan sendiri dari gaji, tapi ni dari part kita perempuan, yang lelaki lagilah kena ikat perut + rajin. kang nak bagi duit hantaran dah beribu-ribu, majlis lagi. jadi seeloknya majlis biarlah besederhana sekadar kemampuan kita.

ok, buat masa ni, ni je lah yang aku terpikir. ni semua berdasarkan pengalaman aku sendiri. kami kahwin nak kata muda, xdelah muda sangat, masa tu sama-sama 22 tahun.

kalau ada yang berniat nak kahwin muda tu, doa banyak-banyak, minta dipermudah segala urusan.

Permulaan

Bismillahirrahmanirahim..

Setiap sesuatu pasti ada permulaan.
Azam sekarang, nak rajin menulis blog bila otak dah tepu, boleh jugak release tension kan.
Seronok sangat bila baca blog2 orang, then realise setiap orang mengalami rencah kehidupan yang berbeza. Jadi niat dihati nak share jugak la rencah hidupku, cewahhh.

ok, now dalam kepala banyak sangat benda nak cerita tapi tak tahu nak start yang mana satu, but somehow kena jugak start somewhere kan, kalau asyik dalam fikiran je bila nak jadi kenyataan (ayat encik suami, hehehe)

tak sabar nak tulis next post, daaaa :)