1. Restu Ibu Bapa
ye, ye memang yang nak kahwin kita bukan ibu bapa, tapi esok2 kalau ada masalah, kat siapa kita nak mengadu. bukan setakat masalah, kadang-kadang kita perlu jugak nasihat dan petua dari orang tua. nanti tengah mengandung, mabuk, alahan, badan xlarat, tapi suami nak kena kerja, kita pulak mungkin fulltime housewife ataupun boleh ambil mc or cuti tanpa gaji tapi kalau dah teruk sangat, xke suami akan risaukan kita kt rumah. emosi kita pun xstabil, time ni la teringat mak ayah tp nak mengadu takut sbb kahwin dulu xpikir pun perasaan diorang, so kalau dah emosi terganggu, perkembangan baby pun terganggu, kesian baby :(
lepas tu, mmg lumrah la, dah nama kahwin muda, masa tu baru je menapak dalam kerjaya, masa tu jugak la baru nak belajar urus perbelanjaan, dulu masa belajar, xcukup duit bolehlah mengendeng2 kat mak ayah mintak topup sikit2, tapi bila dah bekeluarga lagi mencabar. kereta nak kena bayar, rumah, bil letrik, bil air, bil hp, makan minum, bak kata orang baru nak belajar hidup, kadang2 tergelincir la jugak kan. haaa, bila dah macam tu kat mana nak mengadu kalau bukan mak ayah, adik beradik..
lagipun mak ayah dah besarkan kita berpuluh tahun [ingat 20 tahun tu sekejap ke?], memang patut kita ambil kira keputusan dan perasaan mereka, betul tak?
tapi kalau kita dah yakin dengan semua aspek, yakinkan pulak parents kita. pandai2 ambil hati, tunjuk kita boleh berdikari, matang, dan bertanggungjawab. kalau mula2 parents kita rasa macam was-was, jangan putus asa. pujuk lagi, jangan lupa doa banyak-banyak minta dipermudah urusan. insya'Allah, kalau memang niat kita baik, yakinlah akan dipermudah urusan.
2. Kekuatan Mental & Fizikal
kekuatan mental tu TERSAngATlah penting!! baru kahwin maksudnya baru nak kenal mengenali dengan pasangan. memanglah ada yang dah bercinta sejak zaman sekolah, masa tingkatan 1 dah bercinta, nak kahwin umur 23, dah sedekad dah tu, lama tu, tapi percayalah 10 tahun bercinta tu xsama pun macam pengalaman 1 tahun berkahwin. dulu xtau pun pasangan tu tidur berdengkur, mandi lama, malas mandi [
kekuatan fizikal pun penting jugak. dulu bujang, baju pun mak basuh, mak jemur, mak lipat. kalau masa belajar dok rumah sewa, anta dobi, xpun basuh seminggu sekali, pastu kalau malas nak lipat pun lantak pi lah kan, kita yang pakai baju tu balik. bila dah berumahtangga ni, nak buat perangai macam tu?
kalau kahwin masa sama-sama tengah belajar, so kena la bertimbangrasa. isteri masak kat dapur, suami lipat baju. isteri mop rumah, suami basuh toilet. kalau sama-sama bekerja pun macam tulah jugak. kat sini lah kekuatan fizikal sangat diperlukan. balik kerja penat, dulu kalau bujang bolehlah makan nasi bungkus, la ni xkan hari-hari nak hidang incik suami lauk yang mamak masak. tengah hari dah makan kat ofis, malam makan kedai jugak, kempis la poket xsampai hujung bulan, xkan xnak menyimpan kan.
3. Perbelanjaan Majlis Perkahwinan
haaa..lupa pulak.nak kahwin kena la ada majlis. kalau mak ayah memang orang berada, memang xde masalah la kan, semua ditanggung beres. tapi kalau keluarga xberapa nak bilionaire, kena fikir jugak la kan. kalau boleh majlis biarlah sekadar termampu. JANGAN sesekali buat loan untuk majlis perkahwinan!! macam trend pulak sekarang ni, nak kahwin buat personal loan. adoyai, awak tu baru start keje, baru nak mula hidup baru, buat loan, esok lepas kahwin duit gaji habis nak bayar hutang berkepuk2 pulak. kalau famili nak jugak buat majlis besar-besar, bincang elok-elok. bagitau esok lepas kahwin nak kena dok rumah sendiri, perabot rumah, belanja dapur semua nak pakai duit. seeloknya sebelum nak buat keputusan nak kahwin ni kena la ada simpanan sikit. duit biasiswa/ptptn jgn berjoli, simpan [ni untuk sapa yang memang ada niat nak kahwin awal, bukan nak riak tapi memang boleh sangat, dengan biasiswa jpa yang xsampai rm3000 1 semester masa tu, by the end of 3 years aku dapat la simpan dua tiga ribu, masa belajar memang jimat sangat2,boleh kira la berapa kali makan fastfood ke kedai memahal]. bila kita dah nekad nak kahwin, apa pun sanggup. ikat perut, simpan seberapa banyak boleh. sebab kita xsama dengan orang yang dah keje lama, mereka dah ada simpanan sendiri dari gaji, tapi ni dari part kita perempuan, yang lelaki lagilah kena ikat perut + rajin. kang nak bagi duit hantaran dah beribu-ribu, majlis lagi. jadi seeloknya majlis biarlah besederhana sekadar kemampuan kita.
ok, buat masa ni, ni je lah yang aku terpikir. ni semua berdasarkan pengalaman aku sendiri. kami kahwin nak kata muda, xdelah muda sangat, masa tu sama-sama 22 tahun.
kalau ada yang berniat nak kahwin muda tu, doa banyak-banyak, minta dipermudah segala urusan.
No comments:
Post a Comment