Thursday, February 21, 2013

Bercuti ke Redang

Kali ni kami pergi bercuti ramai-ramai. Dengan ofismate husband.
Per pax Rm350. 3 hari 2 malam. Pakej termasuk penginapan, makan, pengangkutan dari jeti ke pulau, ke tempat2 aktiviti, candat sotong, alatan snorkeling, kira all in la dari mula-mula sampai jeti sampailah balik semula kat jeti tu hari ke-3. Tinggal siapkan duit untuk beli souviners sajo. Aktiviti dari pagi sampai malam, memang puas hati wooo.

Guider kami siap amikkan gambar kami underwater.

Gambar kami xpayah la nk enterframe kan, hehe, tapi nampak x incik nemo yang comel  je tu. haa, kat bawah tu ada email guider kami incik budi, kalau berminat nk bercuti ke redang bolehlah contact incik budi. orangnya muda lagi, sangat baik.

memang seronok la sebab kami 1st time snorkelling, jakun weh. Mula-mula masa buat water confident tu cuak jugak, tapi lama-lama seronok. banyak tempat incik budi bawa kami snorkelling sampai kami xlarat dah. lepas 1 tempat, g pulak tempat lain, sangat puas snorkelling.

Inilah encik budi. kat tempat ni kalau xsilap ada anak ikan jerung. Bolehlah snorkelling kalau nak tengok. Kecik j + ramai jugak orang kat situ, so xdelah takut sangat.

So, kalau sape-sape rasa nak bercuti di pantai yang bersih + laut yang cantik, bolehlah cuba ke Redang..

No comments:

Post a Comment