2 minggu tu memang 1 jangkamasa yg lama, setengah bulan kalau diikutkan.
Okeh, ceritanya bermula macam ni [ni cerita lama bukan baru lagi, masa tu tengah tahun 2011]
Lepas kami balik dari Kuching, husband demam. Tapi kejap baik kejap demam balik, rasanya dalam 2-3 minggu macam tu. Dah beberapa kali kami g klinik tapi Dr bagi prescription yg sama, masa tu xtau nak syak apa, huhu
Kemuncaknya bila kami balik ke Melaka (rumah parents aku), weekend kan, so kami bersantai2 je lah especially aku la kan.
Sabtu tu husband dah rasa xsedap badan, dia kata nak rehat je, aku pun ok je la. Then pagi ahad tu aku ajak breakfast, dia kata nak tido sekejap kat sofa, aku pun okla, breakfast dengan parents j kat dapur.
Tengah2 makan nasi lemak, tiba2 dengar bunyi kuat, macam bunyi 'benda' jatuh, aku pun panik la terus lari ke hall rumah, zappp macam nak gugur jantung tengok husband dah terbaring atas lantai, jatuh dari sofa. Badan dia kejang, xsedar diri, sawan. Aku pun menjerit2 la panggil mak abah sambil pangku kepala husband.
Abah pun terus call 999 lepas tu call abang aku (abang aku Dr kat hospital alor gajah) untuk minta pendapat.
Lepas few minutes (yg aku rasa lama gila), ambulans sampai depan rumah, masa tu husband dah stop sawan. Dia macam dah sedar sikit then kami terus naik ambulans ke hospital alor gajah. Masuk ke emergency unit then aku kena interview dengan Dr, diorg pun admit husband. Masa tu parents dengan abang aku ada sekali.
Bila husband admit ward, aku pun decided nak stay bermalam jaga husband kt hospital.
Kat ward, husband nampak sihat sikit, lega sangat walaupun malam tu aku xberapa nak tido.Pagi tu aku balik rumah jap (rumah parents dengan hospital dalam 5 km saje), nak balik mandi tukar baju semua then datang balik. Lepas je siap2 kt rumah, tiba2 husband sms kata dia kena transfer hospital melaka, keputusan darah dah keluar. Aku pun terus drive g hospital, tinggal kunci spare kereta kat abah, nanti abah boleh ambilkan kereta kat hospital, aku nak ikut husband naik ambulans.
2nd time aku naik ambulans. Walaupun transfer dari hospital, husband still kena go through A&E unit kat hospital melaka. Aku pun tunggu la kat situ, tengokla macam2 kes ada.
Then diorg suspect husband kena meningitis, husband pun kena admit ward. Patutnya kena isolate ward sbb ada possibility boleh jangkit melalui udara tapi xtau kenapa diorg masukkan husband dalam ward yang ramai2 tu. Petang tu Dr jumpa aku dan husband, nak bagitau yg diorg nak ambil air tulang belakang husband, aku ni panik la, yelah banyak dengar cerita menakutkan, tapi masa tu husband dah setuju dengan Dr, dia sanggup buat apa je. Aku ni air mata dah macam air terjun la kan, xhenti2, huhu
Lepas maghrib husband kena tolak masuk treatment room, bukan OT pun, dari penerangan Dr macam simple je procedure dia. Masa menunggu tu abang aku sampai, dia temankan aku. Untuk menenangkan aku, abang aku cerita la yg procedure tu mmg simple and sangat rendah risk dia. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Husband kena baring xboleh bergerak selama 6 jam.
Esoknya husband dipindahkan masuk bilik isolate. Bilik tu untuk 2 katil tapi sebab ni serious case, husband aku sorang j dalam bilik tu. Dalam bilik tu ada toilet sekali, so senang la xperlu keluar2.
So, bermastautin lah kami kat ward tu selama 2 minggu. Sepanjang kat hospital melaka, aku xbalik langsung rumah, xnak berenggang dengan husband. Rasa macam duduk hostel zaman sekolah dulu. Petang2 or bila2 husband ok, kami jalan2 satu hospital, pergi kafe, melawat org kat ward (iyer kami kena pakai mask sbb xnk org lain dijangkiti & selain incik husband, aku pun kena makan antibiotik jugak, demi suami, apa saja sanggup in shaa Allah..)
Itulah pengalaman yang menakutkan sepanjang kami bergelar suami isteri. Terus kami fobia nak naik flight sbb kami suspect husband kena virus tu kat airport. Tapi awal julai tu kami terpaksa jugak terbang lagi. Masa tu tawakkal sangat2 & alhamdulillah kami selamat pergi balik.
Ok next entry aku cerita pengalaman kami ke Hong Kong in July 2011.
Pastu awk ptt ckp sbb tu sy x gi wedding bff sy..hehe.acah je.tkt la mashi.sib bek halim dh sehat skrg.kite tkt,klo jd kt kite...nauzubillah...
ReplyDeletehaah la kn xdpt g ganu, tulah sebenar nak tulis details lg tp rasa cam panjang sangat pulak, hehe
ReplyDeletealhamdulillah dah sihat, sakit2 mcm ni susah nk jangka, bila dah terkena, kena doa byk2, jom doa minta diberi kesihatan dan kesembuhan :)